Isnin, 13 Januari 2014

cerita semalam....Jan 2014

Satu kehilangan yang besar buat  Rakyat Malaysia yang memerlukan ....apakan daya kita hanya pengguna kecil ,hanya mampu melihat&membaca kisahnya kelak :''' sanoyara"

Lagenda ikonik Honda EX5 original akan mengundurkan diri dari pasaran tempatan selepas 26 tahun berpegangkan gelaran sebagai Raja Kap cai Malaysia.
Dalam 26 tahun yang lepas, Honda EX5 Dream (juga dikenali deng an nam a kod C100 dan C100MB) telah menyediakan pelbagai peluang perniagaan kepada semua rakan niaga dan pen gedar motosikal Boon Siew Honda yang dihargai, di samping menyumbang dari segi mobiliti kepada pelanggan serta komuniti dari pelbagai lapisan masyara kat.


PENGELURAN UNIT TERAKHIR HONDA EX5 DREAM 100
Kilang Boon Siew Honda, Pulau Pinang, 28 Disember 2013

Seperti yang anda semua tahu, Honda EX5 Dream, juga dikenali dengan nama kodnya C100B dan C100MB telah digelar sebagai Raja Kapcai Malaysia dalam 26 tahun yang lepas. Ia telah menyediakan pelbagai peluang perniagaan kepada semua rakan niaga dan pengedar motosikal Boon Siew Honda yang dihargai, di samping menyumbang dari segi mobiliti kepada pelanggan serta komuniti dari pelbagai lapisan masyarakat. Sejak tahun 1987, Honda EX5 Dream telah berjaya mencatat jumlah rekod penghantaran sebanyak 2, 051, 530 unit untuk seluruh pasaran Malaysia.
Bagi mematuhi panduan Forum Sedunia untuk Pengharmonian Peraturan Kenderaan (WP.29) yang disidangkan di bawah Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE), yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, Boon Siew Honda Sdn Bhd mengumumkan bahawa pengeluaran C100B dan C100MB akan ditamatkan secara rasmi, berkuatkuasa dari 31hb Disember 2013.
Tahun ini, 2013, Honda EX5 Dream akan mengundurkan diri dari pasaran tempatan untuk memberi laluan kepada Honda EX5 Dream 110 yang baru dilancarkan pada Julai tahun ini. Ia mengekalkan penampilan klasik model sebelumnya secara keseluruhan, malah ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan seperti Enjin 110cc Standard Euro 2 yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 11% dengan kecekapan bahan api 53.6km/l, tangki minyak 4 liter lebih besar, tayar serta tempat duduk yang lebih lebar, dan juga suspensi yang lebih lasak bagi memenuhi keperluan pelanggan untuk tahap kemampuan, keselesaan dan kelasakan yang unggul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan