Selasa, 14 Januari 2014

pandu dan uji Dream110cc...

## catitan  peribadi total cover semua jenis plastik,salah langkah buka pasti patah klip2.
enjin serba baru 110cc..tapi kelajuan penuh hanya mampu cecah 95km/j sahaja.Bagi pertukaran tayar belakang sangat mudah seperti model ex5 high power tidak perlu buka peti rantai.Dari komen pengemar jenama Honda khas komen lampu belakang tidak smart jika banding dengan C100MB@ expai 97cc.Yang pasti ekor panjang di plat belakang akan geger sebaik enjin dihidupkan. 
secara keseluruhan model C100MB lebih pratikal tidak kira apa jua rintangan jika dibanding dengan Dream 110cc ini.  

Vroooooom  klik Group Honda Dream 110cc


Jika dulu nampak tegap..mantap..segak..kacak...maskulin. Sekarang sudah tukar jadi lembut dan comel-comel. Nasib baik belum tukar jadi montel.

"Apa dah jadi gan motor ni"
"Buruk benor"
"Baik beli model lama"

Adakah ayat-ayat di atas lintas dalam fikiran anda? Itulah sajian yang dilemparkan kepada saya bila tayang motosikal baru kepada beberapa rakan. 

Padahal ini motor pinjam. Duit dalam saku poket pun bukannya banyak mana. Sampai nak beli EX5 baru pun masih teragak-agak.

Model motosikal paling tua dalam rangkaian Boon Siew Honda ini dilancarkan di Genting Highlands.

Jika anda tanya saya mana datang idea rekaan baharu EX5 110 Dream. Jawapan yang saya terima dari Boon Siew Honda ialah:

Motosikal ini direka di Jepun. Kemudian diperkenalkan di Thailand. Rekaan sama seperti di Thailand di bawa ke Malaysia tetapi reka bentuknya diubah sedikit. 



Mengapa ubah sedikit?
Jawapan yang saya terima: Untuk sesuaikan dengan pasaran Malaysia. 

Apa yang terlintas dalam fikiran saya pada waktu itu.... orang Malaysia yang minta rekaan macam ini? Nampak sangat saya ini dah tua. 

Anda nak kutuk, nak puji, nak meraung ke pasal EX5 110 Dream baru itu hak masing-masing. Objektif saya ialah uji sejauh mana sedapnya motosikal comel ini.

Empat hari adalah tempoh pinjaman saya. Ujian hanya libatkan kawasan bandar sahaja. Kalau cuaca sejuk, nak hidupkan motosikal ini perlukan usaha lebih. Biasalah...enjin Honda kalau makin panas, makin sedap prestasinya.



Enjin dihidupkan dengan dua cara sama ada pakai penendang kaki atau picit butang pemula. Sistem gear dan operasi sama macam mana-mana kapcai lain.

Semasa menunggang, dengan jelas saya boleh terasa enjin seperti berdenyut-denyut. Macam orang sedang sakit kepala. Itu keadaan kalau kekal kelajuan pada 60kmj pada gear ketiga.Pijak masuk gear keempat, sakit kepala sudah berkurangan. 

Apa yang saya lalui sepanjang empat hari bersama EX5 110 Dream mungkin tidak cukup untuk beri gambaran lengkap. Inilah hasil pengalaman saya:

Hendal EX5 baharu terlalu ringan bila capai kelajuan 80kmj. Mungkin berat bahagian hadapan perlu ditambah.

Fork depan dan suspensi kembar belakang bantu serap hentakan pada kadar memuaskan. Punggung kurang rasa kebas sebab tempat duduk agak empuk.

Bila tumpang sebagai pembonceng, ada bezanya berbanding model lama EX5. Sebenarnya model baharu lebih selesa.

Tapak kaki sebagai penumpang tidak terlalu ketara jika dibanding dengan model generasi pertama. Semuanya disebabkan pemijak kaki telah diasingkan daripada lengan ayun. Bukan sempurna mana cuma ia lebih baik.



Soal belanja minyak petrol, satu tangki penuh boleh jalan sejauh 117km dengan syarat sila kekal kelajuan bawah 90kmj.

Galeri gambar:




## 4 L = rm8.40 price setakat hari nie RON95.

## Pengalaman sebagai onwer bingkai plastik berhati-hati ketika menukar membuka,salah langkah
akan membawa gegaran .

Lampu yang gagal menarik perhatian pengemar cub Honda.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan